Wellington UMNO Club

United Malays National Organization New Zealand

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Pada hari Sabtu, 6 Jun yang lalu, warga Malaysia di Wellington telah dijemput oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, TYT Dato’ Hasnudin Hamzah ke majlis Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Ahli-ahli Kelab Umno Wellington juga turut tidak melepaskan peluang menghadiri majlis tersebut. Majlis diadakan berupa jamuan makan di Rumah Malaysia di Khandallah. Rumah ini merupakan kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.

Bermula pada pukul 1.30 petang, seramai ratusan pelajar Malaysia serta warga Malaysia yang bekerja di New Zealand khususnya di Wellington membanjiri ruang Rumah Malaysia tersebut. Majlis diserikan dengan juadah tradisi seperti rendang, nasi lemak, serta kuih-muih tempatan yang dibuat khas oleh Datin Rusnah Ismail, isteri kepada TYT Dato’ Hasnoddin bertemankan warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Selain menyambut hari kelahiran Yang di-Pertuan Agong, majlis ini juga merupakan satu peluang keemasan untuk para pelajar Malaysia bermesra dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru sahaja didatangkan ke Wellington Mac lalu. Sesungguhnya jemputan ini merupakan suatu penghormatan buat kami di Wellington. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dato’ dan isterinya kerana menganjurkan majlis tersebut.

Tags:

No Comments

You must be logged in to post a comment.