Wellington UMNO Club

United Malays National Organization New Zealand

Gambar kenangan bersama YBhg Datuk Hamzah Zainuddin

Pada Jumaat 24 Julai 2009 ,bersempena dengan lawatan kerja Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YBhg. Datuk Hamzah Zainuddin ke New Zealand, satu majlis makan malam bagi meraikan ketibaan beliau dan pegawai-pegawai daripada KPPK telah diadakan di Rumah Malaysia, Khandallah.

Bermula kira-kira jam 7.30 malam, majlis didahului dengan ucapan alu-aluan dari Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, TYT Dato’ Hasnudin Hamzah dan seterusnya diikuti dengan ucaptama dari YBhg. Datuk Hamzah Zainuddin. YBhg. mengambil kesempatan untuk menerangkan misi beliau datang ke New Zealand serta memperkenalkan delegasi yang turut serta dalam lawatan kerja tersebut.

Sesudah itu, hadirin dijemput untuk menjamu selera. Sesi makan malam tersebut juga telah membuka peluang kepada para pelajar yang hadir beramah mesra dengan YBhg. Datuk. sambil membincangkan isu-isu semasa di dalam dan di luar negara dalam suasana yang kurang formal.

Sesi makan malam berakhir sekitar jam 10 malam dan majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama YBhg Datuk dan delegasinya.

Turut serta di dalam majlis tersebut adalah ahli -ahli perwakilan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Kelab Umno Wellington, Persatuan Pelajar Malaysia (WMSO), pelajar-pelajar lepasan ijazah serta pelajar-pelajar jurusan perubatan dari University of Otago yang belajar di Wellington.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada TYT Dato’ Hasnudin Hamzah dan Datin Rusnah Ismail, sebagai tuan rumah, kerana dengan sukacitanya telah menjemput Kelab Umno Wellington hadir ke majlis makan malam tersebut.

Tags:

No Comments

You must be logged in to post a comment.