Wellington UMNO Club

United Malays National Organization New Zealand

Mar-25-09

Kalau silap pilih, impaknya berat

posted by Mimi

Petikan Akhbar KOSMO! Online - Negara 22 Mac 2009.

Kalau silap pilih, impaknya berat

Ahmal Reezal


KUALA LUMPUR – UMNO perlukan transformasi menyeluruh bagi memastikan amalan politik wang dapat dibanteras habis-habisan.

Penekanan ke arah itu amat penting bagi memastikan perjuangan parti itu terus relevan dengan peredaran semasa di samping tidak lari daripada matlamat asal memperjuangkan agenda orang Melayu.

Presiden Kelab UMNO Wellington, New Zealand, Ahmal Reezal Abu Bakar berkata, penularan politik wang bukan sahaja mampu menghancurkan parti malah bakal melahirkan pemimpin korup yang mengutamakan kepentingan peribadi semata-mata.

“Selalu kita dengar kata-kata amanat seperti UMNO kena berubah, jauhi amalan politik wang dan sebagainya namun sejauh manakah ia memberi impak kepada parti dan ahli-ahlinya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

link untuk berita asal :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Berita dilaporkan sewaktu Ahmal Reeza, Presiden Kelab UMNO Wellington menghadiri Kursus Kepimpinan KULN (Kelab UMNO Luar Negara) di PWTC pada 20-22 Mac yang lalu. Kursus dianjurkan oleh Sekretariat KULN bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 24 -28 Mac 2009.

Tags:
Login